Saturday, January 24, 2009

Penduduk Malaysia Ketagih Hiburan, IT

Malaysia muncul antara 10 negara utama menggunakan aplikasi multimedia bagi mencari pemilik teknologi hiburan dan tabiat penggunaan penduduk global.

Dalam kajian oleh Syarikat Nielsen ke atas 52 negara mendapati rakyat Malaysia merupakan pengguna Internet rakus dan berpengalaman, aktif dalam membuat turun dan melayari kandungan media dan hiburan secara percuma dalam internet.

Pengarah Urusan Kumpulan Pengguna Nielsen Malaysia, Paul Richmond, berkata penduduk Malaysia adalah ketagih hiburan dan teknologi kerana menikmati sejumlah besar hiburan dalaman, muzik, permainan video dan media digital.

“Penduduk tempatan ketagih pada Internet dengan melayari dan muat turun kandungan media digital secara kerap,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam soal menikmati media digital, Malaysia menduduki tangga kelima dan kesembilan dalam muat turun kandungan dari Internet.

Menurut hasil kajian tersebut, 53 peratus penduduk Malaysia malayari atau menyaksikan filem secara penuh, klip video, acara TV dan video muzik manakala 41 peratus telah muat turun pelbagai kandungan sama dari internet sepanjang bulan lepas.

Kajian itu juga mendapati 89 peratus penduduk Malaysia memiliki sekurang-kurangnya sebuah peti televisyen manakala 87 peratus mempunyai sekurang-kurangnya sebuat komputer peribadi.

Oleh demikian, kajian itu menunjukkan bahawa jurang digital antara ekonomi yang muncul dan maju tidak begitu jauh manakala negara Barat merupakan pengguna banyak dalam perkakasan komputer dengan peralatan generasi depan menjadi popular di pasaran membangun di Asia, kata Richmond. - Bernama

source : Utusan Malaysia Khamis, Januari 2009

No comments:

Post a Comment

 
Blog Design by Template-Mama.